Sebab special report jadi kita buat report gaya skema.
Pada 19 Mac 2010 yang lalu, saya bersama-sama dengan 5 ahli kelab Robocon Gifu University telah pergi ke Yokohama untuk menyertai pertandingan RoboOne Light yang ke-17 selama 4 hari 3 malam.
19 Mac 2010- Kami bergerak seawal jam 4.30 pagi ke stesen kereta-api Gifu dengan basikal.Suhu 4C tidak mematahkan semangat kami untuk berkayuh selama satu jam sejauh 7.3 km
Kami tiba di Akibahara pada jam 13:00.
Ok,sampai sini je.Tukar gaya.(Read,more,ok)
Akiba ni nama gelaran dia bandar lekrik.Sesuaila dengan nama dia,kiri kanan,hampir sume barang jual barang elektrik jeh.Kira Low Yatt skala besar la.Tapi bukan setakat tu je,Akiba ni ada gak kedai2 jual barang2 untuk otaku macam figura anime,card game,plastic model.
Kitaorang datang sini sebenarnya nak beli spare part je untuk perlawanan keesokan harinya tapi melalut-lalut pergi shopping mana ntah.Takde yang menarik pun nak dikongsi kecuali kitaorg pergi Maid Cafe.Apa tu Maid Cafe?
Maid Cafe nih kira salah satu lambang Akiba gak.Bak kata papan iklan kat situ-kalau sebut Akiba mestilah Maid Cafe.(Akiba to ieba me-do cafe desu).Dipanggil maid cafe sebab pelayan dia pakai kostum French Maid pastu layan kita macam tuan.Kiranya gayanya macam orang gaji rumah kita la."Tuan nak makan apa?","Tuan letih ke,nak urutkan?" lebih kurang macam tu la.Nak jadi pelayan maid cafe lak bukan senang,dia mestilah
1.Gadis muda
2.muka comel,gaya tak bersalah (innocent)
3.suara mestilah halus,gaya anime.
4.pandai mencairkan hati pelanggan(terutama lelaki) supaya senang kikis duit.
Kitaorg sebenarnya takut2 mula2 nak masuk maid cafe nih sebab takde sorang pun pernah pergi.Dah la sume kata tak pandai nak bergaul ngan perempuan.(Setahu aku,sume takde GF)Tak nak masuk pun kecuali sorang je yang beria sangat nak masuk.Lepas tengok gaya cam sedih gila sebab tak layan,akhirnya kita pergi gak ar layan dia (Aku pun nak gi gak sebenarnya.wee).Kitaorang pergi tempat yang bertulis Maid Cafe no.1 kat Akiba.
Tengok2,.kat tempat bahagian larangan merokok takde sorang pun.Kitaorg je ada,lagi la cuak.Ye la,pelayan cantik,dah la buat gaya comel.Ok.aku mengaku,aku pun blushing gak dilayan sebegitu rupa.Kalau makcik Gasto yang serabai tuh tak pun kak Nakao yang cam terpaksa sengih tu macam nih,maunya hari2 aku pergi.Jangan tangan aku bengkak lagi sudah.
Oo ya..kat Maid Cafe ada syarat yang agak ketat.
1.Jangan raba pelayan
2.Jangan cuba menggoda pelayan
3.Jangan mintak no tepon,e-mail atau alamat rumah pelayan.
4.Jangan tunggu pelayan tu abis kerja untuk berjumpa ngan dia
5.Jangan ambil gambar dalam Maid Cafe.Kalau nak amik gambar makanan kena panggil pelayan dulu.Kalau nak tangkap gambar dengan pelayan,kena bayar 500 yen guna kamera diaorang.
Walaupun layanan dia bagus tapi bab yang tak berkenan diorang ni pandai kikis duit.gaya pujuk pun boleh buat cair la.Kalau korang tanya diaorang apa yang best kat sini,dia akan tunjuk makanan yang paling mahal kat sini.Jadi,kalau korang pergi,kalau taknak kopak duit,berhati-hati la ye.Time tu kawan aku terkena,dia amik je apa yang pelayan tu suruh.Tapi nak buat camna,diaorang buat gaya comel menggoda.=_= ;
Tapi yang tak bestnya,walaupun harga makanan mahal,hiasan cantik.tak sedap langsung.Harap hiasan je cantik.Set special 2800 yen yang kitaorang tempah tu pun,aku leh makan takoyaki je.Pelayan tu tanya,sedap ke.Senior aku selamba je jawab,takoyaki kat kappa tu lagi sedap.Cit,memang tak nak jaga hati langsung.Senior aku yang sorang ni,hati keras sikit.Tapi last2,bila pelayan sembangpasal anime je (senior aku kaki anime) terus cair.Sengih memanjang je aku tengok.Hampeh.Tapi aku kagum la,diaorang ni tanya anime apa pun tahu.Siap leh lukis lagi.
Budak2 ni nampak je macam tak suka,buat muka takde perasaan jeh tapi aku tahu diorang suka gila.tapi tak nak mengaku.Nak tahu kenapa aku tahu?Sebelum kitaorang blah dia ada tampal satu sticker.Tampal pun ikut suka hati dia jeh,ada yang kena kat baju,kat handset,pastu lari.Bajet comel la tu.Aku ingat diaorang buang la lepas tu,tapi sampai kitaorg balik rumah pun,aku tengok ada lagi seal tu.Aku pun tak buang lagi.Ni la sticker aku.haha.
Banyak lagi benda best2 yang berlaku time kat Maid Cafe tapi sebab takut nanti jadi panjang dan boring,aku tak cerita.Ni gambar kitaorg amik time tu.
Ni ole2 untuk korang.Kitaorg bukan macam ni ar..
0 Response for the "RoboOne:Special Report 19 Mac 2010"
Post a Comment