Masa kecik2 dulu,aku tak ada banyak barang mainan.Tak salah aku,ni je yang aku ada,
(Read more,ok)
Teddy Bear (Aku tak bawak jalan merata ar)
Kereta dash
Dan yang paling best sekali Lego.
Dengan lego ni la aku main dan buat ntah apa2.Kadang2 lego tak cukup sebab nak buat benda besar ataupun hilang jadi setiap kali pergi bandar,memang selalu beli.Aku beli Lego murah je (pirate),yang bungkus dalam plastik.Satu bungkus sikit je ada,takde apa yang boleh buat sangat.Kalau korang ada anak,belila,bagus untuk perkembangan kreativiti anak2 korang sebab menggalakkan anak2 korang berfikir
Sekarang pun aku main Lego lagi.Tapi Lego block yang macam ni dah tak main ar..aku main Lego Mindstorm sekarang.Apa yang hebat sangat Mindstorm nih?Korang tengok sendiri la video nih,malas nak cerita..ahaks
Mindstorm ni kiranya level up sket berbanding lego biasa sebab kita dapat programming dan gerakkan dia menggunakan sensor dan motor yang ada.Jadi lebih fun daripada buat model lego yang tak bergerak.Kalau blok tak cukup boleh tambah dengan Lego Technic punya.Mindstorm ni bagi aku bagus bagi permulaan nak start belajar pasal robot.Selain tu kita boleh menjimatkan kos kalau nak design robot atau apa sahaja sebab boleh digunakan berulang-ulang kali.Dan yang paling penting sekali,tak perlu dah nak buat litar yang susah nak mati (kadang2 gagal) ,kita hanya pasang dan program.
Time mula2 sampai dulu,tersengih lebar aku.hehe.Tercapai gak hajat di hati.
Sensor yang digunakan.Nanti aku cerita
Set yang dia bagi.Blok pun bagi aku tak banyak dia bagi.
Stage pun dia bagi gak
Jadi,sekarang bertambahla satu lagi topik kat blog aku.hehe.Antara benda yang akan aku buat first ialah 4 benda yang dalam video tu,jadi tunggu dan lihat ye.
0 Response for the "Lego:Prologue"
Post a Comment