Sorry la,dah dekat sebulan punya cerita dah.haha.Tak habis lagi la..Hari ke-3.Sape nak refresh tentang syarat pertandingan,cara tengok video ke,boleh la baca kat entry sebelumnya.
Hari ke-3,boleh dikatakan match yang betul2 punya.Syarat pertandingan pun lagi ketat dan kompleks,berbanding RoboOne Light.
Pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga RoboOne Light secara automatik masuk pertandingan RoboOne nih.Tapi,seperti yang aku cakap dulu,robot dari RoboOne Light kalau masuk RoboOne nih,memang kena belasah cukup2 la.Yang ni video naib johan RoboOne (pak cik Eric yg aku suka tuh.kalau tak ingat tengok sini) vs makcik suri rumah tangga.Jom, tgk sejauh mana kena belasah untuk bagi korang cuak dulu.
Kesian pak cik Eric kena belasah cukup2.Memang makcik tak nak bagi peluang ah.Kat sini,robot kit yang dah pasang siap memang takde peluang nak menang.Kena reka dan bina sendiri bagi sebesar-besar (saiz dan berat ada limit) dan sekuat-kuat yang boleh.
Kalau RoboOne Light aku minat pakcik Eric.Kat RoboOne aku minat pakcik ni lak.Dia ni kira salah sorang legend gak dalam RoboOne nih.Orang lain bawak robot humanoid,dia bawak ayam pulak.Tapi bukan sebarang ayam ar,ayam ni pernah jadi jaguh gelanggang.Sekali bukak langkah,siap korang kena karate.Jom tengok ayam dia beraksi.Waccha!!!
Mula2 ayam vs kerengga merah.Tengok baju ayam dia sama dengan baju tuannya.
Ayam vs Orange.Video mula2 tu ialah video promo Orange.Macam orang gusti nak keluar ke pentas kan dia pasang bunga api,video.Lebih kurang macam tu la.Jangan lupa tengok aksi ayam lepas menang.
Ni lak,robot yang paling menakutkan (simple) vs merah.Memang seram tengok muka simple,dah la muka kat badan.Besar lak tu.
Siapa nak tengok Robocop pijak Lipas (color Oren) jom tengok.Robocop pun takut lipas rupanya.Lipas nih memang digusting tengok cara dia jalan,memang rasa nak pijak jeh.huhu
Lepas penat tengok diaorang berlawan.Jom cuci mata lak tengok awek Yokohama nyanyi.hehe.Diaorang ni adik beradik sebenarnya.Popular gak kot,sampai aku lupa nama kumpulan dia,tapi dia nyanyi best.Tengok,jangan tak tengok.
Ni antara robot yang paling comel bagi aku.Walaupun dia anak patung,tapi cuba teka kenapa aku panggil dia dryer?Nak tahu?Tengok battle nih.Antara yang paling sengit dan kelakar.
Dapat tak kenapa aku panggil dryer?Kat kepala anak patung tu,dia ada taruk kipas.Memang bunyi bising macam dryer.Aku ingatkan saja nak buat rambut dia terbang bagi nampak cool,rupanya nak bagi dia berjalan laju sikit.Itu yag menyebabkan dia berjalan melelong-lelong macam orang tak betul sebab tak stabil.Tapi memang kelakar tengok dia berjalan.
Sebenarnya selain satu penyertaan dari Korea,ada gak 2 team dari China join pertandingan nih.Video robot Korea aku dah delete sebab robot dia tak menarik,tapi boleh tahan kuat juga la sehingga boleh dapat nombor 5.Team China merupakan penyertaan pertama tapi sayangnya diaorang guna kit robot yang murah jadi tiada peluang nak menang.
Tapi aku tak hairan sebab diaorang hantar budak umur 12 tahun je.Kalau hantar budak Universiti mungkin persaingan akan menjadi sengit sebab university di China memang hebat dalam bidang robotik (Selalu jadi juara Robocon peringkat antrabangsa).
Gambar:Yang tengah cakap tu,profesor University dari China.Tak salah aku,prof ni yang membolehkan team China dihantar.Lepas ni.dia nak buat RoboOne kat China juga.
Kanak2 pun join gak.Tapi bapak dia yang buat robotnya.Anaknya just main.Bayangkan korang kalah dengan budak,mesti sedih kan.
Tak,dia ni lagi sedih,Nangis sebab kalah.
Anak bapak....
Penguin join gak.Tapi tak kuat la,tangan pendek.Okey,last match.Kalau dah malas nak tengok,tengok la intro dia saja.Memang cool.
-Siapakah yang berjaya membawa pulang 1 juta yen???
Fuh,akhirnya berjaya gak aku buat entry panjang gila nih.Sebagai lagu penutup,tengokla lagu tema ni dari Infix.Tengok muka penyanyi pun takpe.Kenapa lak aku nak korang tengok muka artis nih?Tengok je la..
hehe..sebab aku dapat autograph ngan amik gambar dengan dia..(maaf,gambar kabur :D)
Selain tu,aku menang gak cabutan bertuah.CD pun cd la.Time aku nak amik hadiah kat pentas tu,Infix yang bagi hadiah,jadi sempatla mencapap jap sebab dia kenal aku..hehe
Dengan ini tamatlah dengan rasminya special report RoboOne ke-17
Korea Selatan dah lama masuk RoboOne
China pun dah join.
Jadi,bila nak kibarkan bendera Malaysia?
Codename : Hikari
Dalam perancangan....(budget tak cukup lagi.haha)
Aku tak pandai melukis la.Jgn la gelak.=_=
wah! bestnyer!!!!
tq ^ ^
saya sangat tertarik dengan etry ni....mungkin sebab selalu berangan nak buat robot..hehe..bila lah malaysia nak hantar wakilkan...kamu study dekat jepun yer..salam kenal.=)
lukisan yang last tu amat cool.. huhuhu..
Lumut:Insya-Allah, kalau ada org yg boleh buat,boleh la jadi wakil.salam kenal ye :P
Faarihin:Macam budak tadika punya lukisan jeh.Haha.Tapi tq :D
kamu buat la - robot tu
teringin sangat nak tengok robot pakai baju n tengkolok camtu
bajet tak de la tehr.:D kalau ada bajet,insya-Allah akan dilaksanakan dgn segera.moga saya dimurahkan rezeki.amin (_ _)
p/s:tengkolok tu bkn saja2 taruk hehe..