Mesti ada yang blur,Micom Car Rally(MCR) tu apa benda sebenarnya.Jadi aku terangkan dulu la hari ini.
Micom berasal dari perkataan MIcro COMputer.
Micom berasal dari perkataan MIcro COMputer.
Korang ingat lagi tak benda ni? (Read more,o.k)
Yup,kereta Dash Yonkuro ataupun nama skema dia Racing Mini 4WD.Zaman aku sekolah rendah dulu popular gila benda nih.
MCR lebih kurang macam ini la.Tapi bezanya
Litar kereta Dash ada dinding tepi.Jadi susah kereta nak terkeluar dari landasan.Lagipun kereta dash mana boleh belok kiri kanan kan?Kalau takde landasan,memang jalan terus je.Tapi...
MCR takde dinding tepi.Jadi mcam mana dia nak membelok bila ada selekoh?
Kereta MCR sebenarnya guna IRsensor.Senang cerita,kereta ni ikut line warna putih kat tengah la.Warna putih kat tepi landasan berfungsi sebagai dinding.Tapi kadang2 kereta tak dapat detect warna putih ni,terbabas gak.
Jadi,kalau setakat kereta ikut garisan putih,apa yang bestnya?
Bestnya benda ni,kereta kena design sendiri..Jenis tayar,enjin,berat kereta,sensor semuanya memainkan peranan yang penting untuk melajukan kereta.Pandai pandaila reka sendiri.
Nak detect line putih tu,kena program kereta gak.Kalau programming salah,kereta boleh terbabas dari landasan.Lagi laju kereta lagi susah nak program dia.
Akhir kata,MCR boleh dikatakan mencabar jiwa dan raga gak ar.Tahun lepas aku ada buat gak.Walaupun dah separuh jalan aku buat,tapi sebab aku dah fed up ,aku lari.haha.
Tahun ni,aku harap aku berjaya la.
Untuk bagi korang faham lagi,ni video pertandingan akhir miyazaki-ken A-class(macam peringkat negeri la).Best tak?Dengan lagu background yang rancak,aku rasa leh terbakar gak semangat time racing.Cam anime lak. ^o^
Kalau kereta ni ada kat jalan,berani tak korang naik? :D
Awww....I miss my tamiya car. :)
Me too.^ ^.But now too old for that.Maybe we should use the time machine ^o^
baru tahu MCR tu ape.
nice info, nice explanation