MCR:Gear Box

Posted by Aftuz On 2/18/2010 08:51:00 PM 2 comments


Walaupun keseorangan,aku sambung gak la kerja semalam.Lagipun,benda ni untuk sorang je,bukan buat dalam team.Kira one man army la..haha.Hari ni sambung pasang gear box,tayar,motor.Kira aku pasang enjin kereta la hari ini.(Read more,o.k) Smile



Sebelum pasang,kena pilih sama ada nak pasang gear ratio 11.6:1 ke 18:1.Aku pilih 11.6:1 sebab nak kasi laju.Kalau nak torque tinggi pilih 18:1.Sebab gear ratio aku,menyebabkan tourqe rendah,aku kena ringankan kereta aku seboleh yang mungkin.
Skru dan nat jangan bagi terabur.Nanti nak cari spare part susah.Terutama yang kecik,sebelah kanan tuh.Kalau benda tu hilang...nanti enjin melayang kena muka orang.haha

Tapi ngan aku,dah tak hilang la..sebab time kecik2 dulu,kalau pomen barang mesti hilang skru 2,3 biji.Jadi untuk mengelakkan kantoi dengan family aku,aku telah mengasah "Skill jangan bagi hilang skru" ini dengan sempurna. ^o^

Enjin("Motor" bunyi tak best) yang  kotak gear box tu bagi,tak boleh guna(bahagian kanan).

Kenala pakai enjin yang ada cap MCR.Maknanya enjin tu diluluskan untuk kegunaan match MCR nanti.Macam cop sirim la.Nak race kenala guna enjin racing.haha..Enjin Kancil tak layan ar..

Lagipun enjin "khas" ni,berat sket.Nanti kita test enjin ni setakat mana..vroom...

 Macam ni la..rupanya..Nak pasang tayar lak.







Tayar sport la beb.Tayar biasa tak main la..haha..Tapi,mungkin aku tukar tayar lain rasanya.Sementara waktu ni,aku pakai tayar ni dulu.









Sambungkan tayar kat tiga segi warna putih tu.Bukannya macam kereta mainan RM5 ar..tayar cabut buang je.









Ketatkan dengan nat kat bahagian luar.Macam tayar kereta betul lak.










 Lepas tu,sambungkan wayar dan kapasitor seramik.Kapasitor seramik gunanya untuk kurangkan noise.Noise bukannya bunyi bising enjin ar..

Untuk kurangkan noise sebenarnya untuk kurangkan gangguan signal elektronik.Jadi,enjin dapat dikawal dengan lebih lancar dan efisien.Gila ah ayat.Tapi memang betul pun.
Ok siap.Satu untuk kiri,satu untuk kanan.Tujuan guna enjin kiri dan kanan ialah supaya dapat membelok dengan sudut yang lebih tajam dengan kelajuan yang setinggi mungkin.Kalau korang tak faham,bolehla mintak kat bahagian comment..aku leh terangkan.Kalau tak,aku tak bagitau..haha.(Saja,suruh comment :D)

Esok aku nak sambung buat bahagian sensor lak.

Categories:

2 Response for the "MCR:Gear Box"

  1. berapa harga enjin kat mana bley beli

  2. Aftuz says:

    Yang motor ni ke?Ada je jual kat kedai2 biasa agaknya,

Related Posts with Thumbnails