Happy Anniversary

Posted by Aftuz On 2/19/2011 10:24:00 PM 0 comments

  Oh,gilalah dah setahun rupanya umur blog aku.Selamat hari jadi,HiKaRi PROjeCT =_=.


 First post,17 Feb 2010 jadi terlepas 2 hari.Ingatkan nak tulis blog pada hari ulang tahun baru kewl,tak terperasan lak

 First post aku memang cam budak2.Pikir2 balik tahun depan aku dah tahun 3,buat malu je kat junior yang baca blog aku nih.(kalau ada =_= ;).Jatuh saham weh.Nak delete,sayang lak.


 Dan,banyak gak post2 yang lama2 cam siyot kebudak-budakan bila aku baca balik.Terutamanya aku tulis part "nak nangis".Fu that.


Kat blog ni,aku tak boleh tulis benda2 mencarut macam ,bod**,F***,cib**,"bad words",kena tapis,sebab my family reading this.Jadi mungkin nampak cam budak2 sket dengan emoticon dan sedikit ayat berbunga-bunga.


Cth mat bunga

  Kenapa aku buat blog ni tahun lepas eh?First,terpengaruh dengan abang aku.Tapi sekarang dia pun dah jarang blogging.haha.Dah start sibuk,katanya.Kawan2 aku pun start main blogging,jadi aku pun ingat nak berblogging gak ah,macam fun.Time tu lak cuti,jadi bolehla isi masa mana yang kosong.

  Mula2 aku buat blog ("Mari Belajar Bahasa Jepun!!!).Lepas tu,aku tengok banyak betul benda leceh,jadi aku stop.Cara aku tulis pun cam bodoh je,boleh buat orang gelak berguling-guling.Tapi nama domain blog tu aku pegang lagi,kewl what.=japonizer.blogspot

  Ramai tanya "Apa yang kau tengah buat??".Nak explain pun susah,sebab kadang2 aku cerita pun,orang tak faham,kadang2 aku pun tak tahu macam mana nak explain.Jadi aku buatla blog ni.Kalau tak faham sangat,aku cakap je ("Tengok blog").Habis cerita.Full stop.Ada video,ada gambar jadi senang faham.Kadang2,ada gak modal nak sembang.


  Dan sebagai log/diari untuk tengok setakat mana aku dah "bergerak/maju".Setakat ni,aku tengok,kurang memberansangkan =_= ; .Tapi aku dapat rasa,semakin lama semakin mantap,tapi tak cukup lagi.Masa pun makin pendek.

  Oh mengenai Hikari 2.0 tu,lupakan jeh.Setakat ni masih mustahil sebab kewangan yang belum kukuh. Lepas tu,mungkin Hikari 2.0 dilonjakkan menjadi Hikari 3.0.Hikari 2.0 mungkin akan diisi dengan Arduino.


  Sekarang ni,Hikari Project dan Tsubasa(means sayap,wings) Project aku stopkan dulu,aku nak tumpukan kat Ops HUjan.Takleh cerita apa dia,tapi sesetengah orang dah boleh agak apa dia.Sekarang tengah mantapkan basic dan menuju stage ke-2.Insya-Allah stage 2 bermula akhir minggu depan.Dinamakan Ops sebab ini penting dan key untuk survival Hikari&Tsubasa.Got a month for this.

    Buat apa aku tulis benda ni ntah,bukan ada orang kesah sangat pun.haha

Related Posts with Thumbnails