Real Robot (.......I'm speechless)

Posted by Aftuz On 5/24/2010 04:37:00 PM 9 comments



2 minggu lepas,cikgu penasihat kelab kitaorang datang "Saya nak bagi barang,meh datang amik.".Aku pun join la ikut.Tengok-tengok.








Wow!I'm speechless.Now he's speechless








Aku tak tahu orang ingat majalah ni lagi ke tak.Majalah ni start ada kat Malaysia tahun 2002 kalau tak salah aku.


Kalau nak beli sebiji robot yang betul betul pintar memang mahal dan tak ramai orang yang mampu nak beli.Jadi boss syarikat ni kata "Apa kata kita pecahkan robot ni kepada parts2 kecil lepas tu kita jual sikit-sikit agar orang mampu beli".Jadi terhasil la majalah ni.Untuk lebih lanjut tengok kat wiki







Kalau kat Malaysia,harga RM19.90.Untuk completekan semua (2 set robot) ada 96 isu (Di Jepun 91 isu).Jadi harga keseluruhannya RM1910.40.Ambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.Aku ingatkan nak beli gak.Tapi time tu aku baru darjah 6.Sehari dapat singgit je.Manala mampu nak beli,jadi aku tengok jela cover kat kedai.haha T_T


Jadi korang boleh tau betapa happynya bila aku dapat benda nih (buat harta sendiri lak).Impian masa kecik nih.







Alkisahnya,cikgu aku langgan gak majalah ni,tapi lepas sampai isu ke-35 dia dah malas dah nak pasang.Jadi,daripada terbiar macam tu je,baik bagi kat kelab.






Tapi masalahnya,benda ni 5 tahun lepas (Isu kat Jepun start tahun 25.3.2003~6.9.2005).Jadi teknologinya  ketinggalan zaman sikit..Video tape pun mana ada dah sekarang.Macam mana nak tengok.huhu

Nak pasang pun leceh.Nak taruk battery pun kena guna skru driver.Jadi,takde orang nak pasang benda ni.

Cantiklah tu,boleh aku conquer.haha.Lepas tengok tiada orang usik,aku start pasang Jumaat minggu lepas.



Ni namanya Cybot.Rupa macam siput babi.Walaupun dah lapuk,tapi pintar.Light sensor dengan sonar sensor tu biasala.Voice controlled. Remote control pun ada.Dan banyak lagi la yang aku belum explore.






Dalam Cybot,ada 5 tingkat dengan 12 circuit board.Jadi memang compact sangat dan kalau yang paling bawah tu ada problem,kena bukak semua balik.Tu yang leceh tu.

Tapi takpe,sabar membawa berkat.









Perkenalkan adik dia TOM (Tracking Orbital Modul).Aku belum tahu lagi apa kelebihan dia.Setakat yang aku tahu Tom ni boleh berkomunikasi dengan abangnya Cybot aka siput babi.


Ish,buruk benar bagi nama siput babi.Korang ada nama lain tak?:thinking:


Tu je la yang aku sempat pasang.Nanti kalau ada masa aku sambung,oksmile rvmp

Categories:

9 Response for the "Real Robot (.......I'm speechless)"

  1. Wah ! awesome :D

  2. suka robot yer...



    saya pun suka hihihi

  3. Aftuz says:

    hehe bestnya ada geng. :-P

  4. perghh...kagom2...aku pon suke gak robot ni..tapi yan ada cuma model gundam je la...

  5. adik sis pun dulu memang pelanggan koleksi robot ni.. tapi sama laa mcm cikgu awak..lepas bape keluaran ntah, dah xbeli dah, leceh...last2 tersadai jer robot dtu dalam stor..tp pasang laaa, cuma xsiap.. yang adik dia tu dia xsempat beli kut..cybot mmg ada..

  6. Aftuz says:

    adik dia start dari isu ke-66 kalau tak salah..adik Dahlia pun minat robot eh?boleh buat geng ngan adik Dahlia ni,hehe

  7. Wah!! Terbaik punya blog robot ni Encik Aftuz.. n_n

    Baru tau Encik Aftuz ni adik Encik Riz hehe~ Baik punya promote!

  8. Qaseh says:

    oo adik riz ghupernyee...
    ko letak pot-B kekek...ade bunyik sipotbabi kekeke...larikssssssss

  9. Aftuz says:

    haha...nama pot-B mantap gak tuh.

Related Posts with Thumbnails