17th Kawasaki Robot Festival (27~29Aug2010)

Posted by Aftuz On 11/20/2010 03:54:00 AM 0 comments


          Ok.tak lama lepas MCR,27hb tu aku pergi Robot Festival Kawasaki lak.Tapi dengan orang lain lak.Quite busy kan?Aku pun tak tahu memang aku terlebih rajin  ke ataupun suka menyemak.haha.Kalau pikir balik macam bongok gak ar ,pergi join 2 2,orang lain join satu jeh.(Yea,this maybe one of the reason I FAILED 6 subjects =_=)Pada asalnya ingatkan nak berhenti MCR,join Kawasaki sebab Kawasaki tak cukup orang tapi sebab senior kata tak syok pulak tinggal 2 orang je join MCR.Sebab dah tercakap dah nak join Kawasaki,masuk je la 2 2..Takpe la asalkan 2,2 bahagia walaupun duit aku pun melayang 2X.$$$$(for the hotel n transport).^____________^

           Dan kepada Ayahanda dan Bonda maafkan anakanda kerana balik lambat.I also wish to come home earlier.haha.

           Kalau MCR berdasarkan individual,Kawasaki lak berdasarkan team(4 org).Kapten,Driver,Elektrikal,Mechanic.Aku jadi mechanic.Kapten dan Driver mestilah dapat kat senior.Tapi diorang ni banyak juga membantu time nak buat benda tu.Hampir kesemua diorang buat kot.hahaLagipun diorang faham,aku pun kena buat untuk MCR gak,jadi kerja aku takdela banyak sangat.Design diorang buat guna GoogleSketch Up pastu aku potong2 jeh.

Dari kiri:Mechanic,Elektrikal,Driver,Capten,perintis tahun depan.haha)



Ni la "mesin" kitaorang.Kenapa nama Welcome aboard!?Sebab Capten kata,apabila benda ni melayangkan mesin lawan,seolah-olah kita cakap kat dia Welcome Aboard!!.Ah,janganla kesah sangat nama tuh,aku pun blur gak.









           Ok,ape kebenda Kawasaki Robot Festival nih?Pertandingan ni cara lawan dia macam style sumo robot gak.Tapi syarat dia mesti berkaki.Mungkin lebih sesuai kata macam pertandingan laga kumbang kot.Ah,tengok sendiri la.haha
                      




Mungkin korang tengok macam bosan dan lame,tapi kalau korang ada kat sana sekali,memang korang leh rasa tense dia.Ataupun mungkin yang ada kat situ just some of the robot freaks bersorak-sorak =_=.But there are some of pretty hot girls datang tengok gak.Ada gak penyertaan dari 2,3 team perempuan.(And they're are hot and most important they're not looks likes a bunch of robo freaks).haha.

Lepas tu,ada satu lagi tradisi.
           Setiap satu team akan dibagi roti segera dalam tin.Dan kat label tu ada tertulis "Selagi tak menang jangan makan.Oishiidesuyo(Sedap weh)".Dan hm..memang tak dapat makanla sebab kalah.Aku dah tanya senior hari tu,memang dia tak nak bukak.Tapi tengah hari tadi aku pergi bilik,dah tak jumpa dah tin ni.Sama ada disimpan atau dah dibukak.Wallahualam.Tapi kalau tak bukak pun takpe sebab roti dalam tin ni boleh tahan sampai 3 tahun kalau tak salah.Kalau aku,apa aku kesah,ngap je lah.Walaupun mungkin ada sedikit perasaan serba salah tuh,tapi sekejap je la kot =D

Antara mesin2 orang lain yang mantap2.Nampak sangat yang kitaorang punya selekeh kan?haha.Kitaorg baru first time masuk,jadi tak tahu sangat nak buat macam mana.






Suasana pertandingan




            Yang ini first time masuk,memang tak tahu apa benda pun.Jadi kalah tu biasala.Dah ada pengalaman sedikit,tahun depan mungkin boleh buat dengan lebih baik lagi.Itu pun aku tak tahu join ke tak tahun depan.haha.
            Dan lepas habis pertandingan tuh,29hb.aku lepak jap kat cyber cafe satu malam(aku call rumah Malaysia tak dapat.Dah balik raya kot),esok pagi (30hb) terus blah balik Malaysia ikut Narita airport.Quite a journey I think.

All the pictures above are from Kawasaki Robot homepage.

0 Response for the "17th Kawasaki Robot Festival (27~29Aug2010)"

Related Posts with Thumbnails