Kalau ikut bahasa Jepun,dia panggil hanseikai.Kalau ikut bahasa Melayu,majlis penginsafan la kot.flashback kesalahan2 yang lalu.Jadi sesuaila dengar lagu ni sambil membaca :D
Kat kompleks kat Akiba tuh.
Ok.pada 21 Ogos yang lalu saya bersama-sama kawan2 saya telah menyertai MCR open category di Akibahara Tokyo.Para peserta datang dari Hokkaido sampai la ke Kyuushu .Ngeh,aku pulak hampir2 tak masuk sebab terasa rendah diri.wakaka.Gila ah,malu sial,aku punya cikai jeh.Lepas kawan2 aku bagi semangat sket,pastu tengok ada la sorang,2gak yang ada kereta tu(kereta tu beli,orang len design sendiri)ak gi la gak amek lesen.Nak bagi jalan kat litar kena ada lesen dulu ar..
(Para peserta sdg amek syaken(macam road tax kot).2,3 kali gak aku pergi ulang alik sebab tak lepas.Bumper hazushite kudasai.wakaka)
Ni la lesen,kena gantung kat leher.
Ini report card.Sebelum dibenarkan "berlumba" kat litar.Kena lepas 2x pemeriksaan.Lepas dapat 2 cop tu baru kereta dapat jalan kat track.
Litar dari pandangan atas.
Tengah dengar ucapan dari para penganjur:Renesas
Tengah race.Ni open category jadi pakcik2 pun ada gak join.Ada sorang warga Vietnam dari University Pertahanan Jepun??(防衛大学校情報工学科ロボット工学研究室)join.Dapat tempat ke-29 dari 120.Mantap gak ar.Aku terkeluar trek,jadi takde pape nombor :D Hanya yang dapat completekan trek satu round sahaja dikira.
Set kereta sebelum start race.Pengadil(baju biru) lak check kot2 melanggar peraturan.
Ni nak tentukan no 1,dgn no 2.Beza tak jauh sangat.0.13 saat je beza.Lol.
Pak cik yang menang open kategory.Cikgu sekolah teknik?(kousen).Yang menang high school category lak teka sape?Anak murid dia. ;D;D
Para pemenang.1,2,ke 3.Masa terpantas.Nak baca report taikai kat sini dan sini
Gambar:Maskot MCR
Kesimpulannya? Ok lar,sebab first time jadi tak kesah.Banyak gak belajar dari tengok yang orang lain punya.Tapi letih gak ar.Kertas tutorial dia tebal gila.Aku baca 2,3 kali pun tak jadi2 gak. =_= .Last2 aku fed up dah,letak je program asal yang dia bagi.Habis cerita.haha.Lagipun banyak masa yang sepatutnya aku buat untuk kereta tu,aku pergi buat litar lak(Post kat bawah).Cantik tapi tak berguna.Litar yang sebenar diperbuat dari kayu.Kotak lak permukaan dia lembut&tak rata.Sebab tu buat2 tak jadi kot.Boleh jadi ada false reading.Banyak benda yang perlu belajar dan diperbaiki :D .Tapi tahun depan(2011) maybe aku tak masuk ,sebab aku nak tumpukan kat Hikari.(Pasal Hikari next post).Lagipun aku sekarang dah busy gila.Yang sem dulu pun banyak fail.Jangan yang dikejar tak dapat,yang dipegang berciciran.
All the pictures are from the Renesa Micom Car Rally ルネサスマイコンカーラリー website.I'll remove if abusing the copyrights
:) :) :thumbsup:
memang menarik
tq :):)
sug0ii....