Showing posts with label Off topic. Show all posts
Showing posts with label Off topic. Show all posts

Filler

Posted by Aftuz On 7/20/2011 03:08:00 PM 0 comments

Tengah pening pikir soalan fluid dynamic,tulis merapu kat sini jap.
  
   
 Manyak betol filler.Memang takde buat ap2 la.Walaupun ad menggelupur sket2 nak buat itu dan ini,sabor dulu.Sebab aku "bercuti" 4 bln,dan tak berjaya melarikan diri ke Malaysia,sakuru aku dah susun siap2 jadual ak cuti summer nih.Jadi banyak la kot benda nak menceritanya nanti.

Minggu depan dah start exam.Dah dekat exam ni,memang banyak dugaan.
Selalunya dekat exam ni,aku terasa nak main game haha.Sebelum tu,takdela terasa nak main.Lagi2 kalau kluar game baru.hari tu gak nak habiskan mission.Nasib baik,skarang game dah power2,pc ak jadi semput mainnya.(core 2 duo,7gb ram,1gb geforce gtx 460).
Aku main Blacks Ops pun bukan main seksa.Cobaan.
Then.datang lak godaan dari game Iphone.Cobaann..

Bye,ak ad appointment dengan tukang gunting rambut.haha

Mengomong

Posted by Aftuz On 6/26/2011 06:08:00 PM 0 comments

Sekejap je dah sebulan.Saje je mengepos.Sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Nak masuk bulan 7 ni,bertambah busy la den.Exam kali ni kena struggle,kalau tak lulus kena tambah setahun lagi.Tapi pikir-pikir seronok juga tambah setahun.Takdela struggle sekarang.Nasib baik,masih ada satu sebab kukuh kenapa tak nak repeat.Demi si dia..tehehehe..Kalau tak,dah lama den tak kesah repeat pun.



Kelab pun,.den dah 2 bulan tak pedulikan,sebenarnya skang ada buat projek,den buat bodoh je.Sekarang yang paling penting exam den.Dah la ketua team,malu tol den.haha.Nasib baik,ada assist baik.Takpela..nanti bln 8,9 den cover la balik..tolong gidaisai ke....Den pun tak balik raya.Mak eh,sedihnya tak balik raya.

.Pengorbanan kali ni berbaloi ke tak,den berserah je la.
 
Sebab tak dapat balik,bulan 8 ni banyak benda nak buat.,tehehe..Sabar2,sebulan lagi.

Malaysia Boleh Humanoid

Posted by Aftuz On 5/21/2011 02:35:00 AM 0 comments

Tengah2 den belayar kat alam maya,terjumpa lak video nih.Dikatakan first humanoid robot yang dihasilkan di Malaysia pada 2007/2008 oleh fakulti engineering UTM.Moh kita tengok camne ghupanya.

  


Jangan la gelak2.ok la  tuh,video ni dibuat pada 2008.aku rasa hampir sama par dengan robot2 kat Jepun pada tahun tu.(yang sama saiz dengan yang ni la,jangan dok banding dgn Asimo lak)

Tapi sayangnya dengar cerita projek ni dah berhenti pada tahun 2008.Sama ada tak dapat sponsor ,ataupun sebab tuan (Ober??) yang ketua projek?? nih dah grad,jadi dah takde orang nak teruskan.Kalau diteruskan,aku rasa mesti dah mantap sekarang.

Dengar cerita ada 4 buah diorang buat.Prof tu bagi nama UTM Humanoid 1,2,3,4.Kenapa tajuk video Malaysia Boleh Humanoid,aku pun tak tahu,Ingatkan nama dia.

Keluar TV Bernama kot,kalau rajin tengok lerr.ada 8 part kesemuanya.Hang tekan je la kat suggested video untuk part seterusnya.




UTM Humanoid Research History-




Research pasal ni ada rupanya,jadi kepada MOSTI,daripada taruk gambar QRIO Sony kat web page hang..


Baik ganti taruk benda ni,Walaupun design mungkin tak berapa cantik berbanding QRIO,sekurang kurangnya kita yang buat sendiri.Ini yang buat den keliru bebenorr nih.



arrr...membuatkan den lagi menggelupur tak senang duduk.Bjila nak buat nih,sponsor tarak kerrr.haha
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh refer kat sini

http://blog.cytron.com.my/2008/12/24/humanoid-project-collaboration-with-utm/#more-588
http://psm.fke.utm.my/libraryfke/files/1015_MOHDJOHANELYASBINMOHDKHAIRI2008.pdf

alat muzik dan aku.

Posted by Aftuz On 4/17/2011 07:28:00 PM 0 comments

Ini kisah hamba dengan alat muzik.Alat muzik ni bagus main sebenarnya.Selain dapat menunjuk-nunjuk kat orang lain ,dan nampak cool(kakkoi),ia bagus juga untuk melatih otak anda agar sentiasa sihat.

Sepatutnya setiap orang boleh main at least satu alat muzik.Tetapi dengan sistem pendidikan kita(aku rasa bukan kementerian, sekolah itu sendiri),kita terlepas benda bagus nih dan menjadikan sekolah kita sangat membosankan dan khas untuk nerd2 sahaja.

Aku start main alat muzik time sekolah rendah.Alah,yang subjek muzik tuh..

Buku teks muzik time tu buruk gila,dah la lagu bosan.

Mula2 belajar main tiup rekorder.Cikgu aku garang.Kau salah tiup.kau tiup la sampai dapat.Silap haribulan kena ketuk.Tapi takde la ketuk kuat2...ketuk2 sayang je.ahaha



Berkat kecut perut dgn cg dan untuk lulus exam,dapatlah kami mengapal note2 cacing tuh.Dengan nama2nya yang ntah pape.


Nama dia bukan fotolia ar..

Then,cg aku sambung belajar.Lepas tuh,dah tak dapat la lagi kami belajar muzik.Subjek muzik ada lagi,tapi tak belajar pun..cg masuk kelas, buat kerja masing2.Lama2 lupa apa yang dah belajar.
 
Nak masuk band sekolah,tak sesuai.Aku bukan spesies rajin.Teruk gak diorang praktis,aku tengok.Kalau kena tiup trumpet(pinjam sekolah) lagi la aku taknak.

Dan yang paling aku bengang time sekolah rendah,time darjah 6,sume subjek selain subjek UPSR dihapuskan termasuklah pendidikan seni,PAI.Jadi belajar je la,like a robot to do this and that. Sampai PJK yang aku suka(tak tahu la klau ad orang tak suka) pun tarak.

Nanti kalau aku dapat peluang,yang ni dulu aku perangi habis-habisan.

Masuk F1.aku masuk nasyid.Kat situla belajar main conga drum??Tapi time bertanding,bukan aku main ar..saja2 je ketuk.Sebab time tu,nampak kakkoi je ketuk conga,sebab tu aku nak ketuk gak.

Dan berlakula zaman aku suka ketuk meja sampai selalu kena tegur.Time cg tengah mengajar,tak perasan tangan aku tengah ketuk meja.Kalau tak mengetuk meja,tidur je la kerja aku,haha.Berkat praktis hari2,dapatla main 2,3 rentak yang aku belajar dari senior..Sekarang tak tahu boleh main lagi ke tak.



Pastu time AAJ,tengok2..jiran sebelah 2 bilik ada keyboard sebijik lak.Nampak seronok lak tengok diorang main.Aku balik rumah,praktis main kat keyboard mainan lak.Terasa cam lawak gila jeh.Note2 muzik aku start hafal balik.


Serius.memang aku main keyboard cam dalam gambar ni.Memang sebijik.Sekarang dah rosak kot.Aku beli time aku kecik2 dulu.Baru time ni,terasa nak main.Sedih kan.

Sebab tuh,first benda aku beli bila sampai kat Jepun ialah keyboard.


Dan benda yang masih terngiang-ngiang kat telinga aku ialah kata2 senior aku,Emboh(bukan nama sebenar) "jangan berabuk, sudah".

Dulu bolehlah main sikit2.Lepas tu,dah lupa balik sebab busy(malas??).Benda ni kena main hari2.Kadang2 teringat yang senior kata tadi,barula aku main sekejap.Nasib baik ada cakap,kalau tak,tak main le aku,haha.

Pastu aku tengok housemate aku,bun(bukan nama sebenar) start belajar main gitar.Baru sebulan,dah pandai main.Siyot betul.Aku belajar main piano dekat 2 tahun pun tak pandai lagi.Teringin lak nak main gitar lak.haha.

Tapi,main piano pun tak pandai lagi,takkan nak beli gitar lak.Lagipun

"Jangan berhabuk tak main sudahla",dok terngiang-ngiang kat telinga aku lagi. Huish,kadang2 aku lap kot piano aku.haha

Dan yang paling latest aku main Iphone Ocarina lak.



Cara mainnya macam ni.

Ini mula2nya,Jakpo (bukan nama sebenar) la yang mula2 sekali main.Lepas tu aku download,mainla tiup2 bodoh.Nampak fun gak,pastu belajar tiup twinkle2 little star lak.Benda ni main senang je,sebab ada 4 butang berbanding piano yang banyak gila key.Lagipun nak praktis kat mana2 pun boleh.Simple.

Tapi ada kelemahan dia lagi,music note library kat web page dia masih berterabur.Lepas tu,system note dia pun kelam kabut,cara baca ada banyak variasi.Jadi susah nak faham note music dia.Dan letih nak meniup sampai tak cukup nafas.

Nanti aku dah mantap,aku upload.Aku tengah cari separuh lagi note lagu yang aku tengah praktis. ;D Moh kita tengok diorang main.Soredewa,chow!



Monolog

Posted by Aftuz On 4/09/2011 03:07:00 PM 0 comments


Bila nak start musim sekolah nih,start la balik kemas mengemas.
  
Paling leceh nak kemas,kertas.Daripada nota kuliah hinggalah kertas conteng ntah pape.


Kalau musim cuti panas,memang aku tak pasang kipas la,konpem berterbangan dalam bilik.Jadi sorry ler,bukan sengaja nak pasang ekon.hehe

Kalau musim cuti sejuk,problem kat danbou(heater guna minyak) lak.Hari tuh,nasib baik aku perasan kertas termasuk dalam danbou.Bahaya2.

Rak buku dah tak muat nak taruk buku,Kena beli baru lagi,heh.Tarak bajet.Buku bior kat lantai dulu.

Barang mainan lak,susun balik.letak dalam satu bekas..Takde la menyemak sangat.



Piano dah berabuk,bila nak start praktis balik nih.Yang pasti busy gak kot.Kelas tiap2 hari sampai 4 gen.ni tahun keputusan,repeat ke tak,ganbaru shikanaina..

Match lak,tahun ni nak masuk ke tak ar.Dah la dalam bulan puasa.Balik kg pun best gak.Minggu depan kena bagitau keputusan..

Maleh betul,dok depan pc,goyang kaki pun seronok juga

Takde benda nak cerita la..bukan aku buat pape pun.Bajet tarak,projek pun tarak.

Sekarang musim sakura.Time ni la nak dengar lagu sakura.Dalam setahun,seminggu je ada.Chow

Happy Anniversary

Posted by Aftuz On 2/19/2011 10:24:00 PM 0 comments

  Oh,gilalah dah setahun rupanya umur blog aku.Selamat hari jadi,HiKaRi PROjeCT =_=.


 First post,17 Feb 2010 jadi terlepas 2 hari.Ingatkan nak tulis blog pada hari ulang tahun baru kewl,tak terperasan lak

 First post aku memang cam budak2.Pikir2 balik tahun depan aku dah tahun 3,buat malu je kat junior yang baca blog aku nih.(kalau ada =_= ;).Jatuh saham weh.Nak delete,sayang lak.


 Dan,banyak gak post2 yang lama2 cam siyot kebudak-budakan bila aku baca balik.Terutamanya aku tulis part "nak nangis".Fu that.


Kat blog ni,aku tak boleh tulis benda2 mencarut macam ,bod**,F***,cib**,"bad words",kena tapis,sebab my family reading this.Jadi mungkin nampak cam budak2 sket dengan emoticon dan sedikit ayat berbunga-bunga.


Cth mat bunga

  Kenapa aku buat blog ni tahun lepas eh?First,terpengaruh dengan abang aku.Tapi sekarang dia pun dah jarang blogging.haha.Dah start sibuk,katanya.Kawan2 aku pun start main blogging,jadi aku pun ingat nak berblogging gak ah,macam fun.Time tu lak cuti,jadi bolehla isi masa mana yang kosong.

  Mula2 aku buat blog ("Mari Belajar Bahasa Jepun!!!).Lepas tu,aku tengok banyak betul benda leceh,jadi aku stop.Cara aku tulis pun cam bodoh je,boleh buat orang gelak berguling-guling.Tapi nama domain blog tu aku pegang lagi,kewl what.=japonizer.blogspot

  Ramai tanya "Apa yang kau tengah buat??".Nak explain pun susah,sebab kadang2 aku cerita pun,orang tak faham,kadang2 aku pun tak tahu macam mana nak explain.Jadi aku buatla blog ni.Kalau tak faham sangat,aku cakap je ("Tengok blog").Habis cerita.Full stop.Ada video,ada gambar jadi senang faham.Kadang2,ada gak modal nak sembang.


  Dan sebagai log/diari untuk tengok setakat mana aku dah "bergerak/maju".Setakat ni,aku tengok,kurang memberansangkan =_= ; .Tapi aku dapat rasa,semakin lama semakin mantap,tapi tak cukup lagi.Masa pun makin pendek.

  Oh mengenai Hikari 2.0 tu,lupakan jeh.Setakat ni masih mustahil sebab kewangan yang belum kukuh. Lepas tu,mungkin Hikari 2.0 dilonjakkan menjadi Hikari 3.0.Hikari 2.0 mungkin akan diisi dengan Arduino.


  Sekarang ni,Hikari Project dan Tsubasa(means sayap,wings) Project aku stopkan dulu,aku nak tumpukan kat Ops HUjan.Takleh cerita apa dia,tapi sesetengah orang dah boleh agak apa dia.Sekarang tengah mantapkan basic dan menuju stage ke-2.Insya-Allah stage 2 bermula akhir minggu depan.Dinamakan Ops sebab ini penting dan key untuk survival Hikari&Tsubasa.Got a month for this.

    Buat apa aku tulis benda ni ntah,bukan ada orang kesah sangat pun.haha

Sokong En.Najib ke arah negara berpendapatan tinggi

Posted by Aftuz On 1/16/2011 05:56:00 AM 0 comments

Mohammed-Najib-Tun-Razak Kerana mungkin ada sesetengah pihak yang sensitif,sebelum diserang

First I want to declare that ini bukan mengenai politik.Hanya menyokong usaha En.Najib bukan bermakna menyokong parti beliau/pro Najib.Atau mana-mana parti lain sama ada pembangkang atau pro-kerajaan.

Oh,then En.Najib hanya panggilan2 manja sahaja tidak bermaksud untuk tidak menghormati title Dato’ Seri.Samalah kita panggi Pak Lah ngn Dr M kan?


Ok,back to the serious topic


splitbanner01bm
  Mesti korang dah tahu kan sekarang ni banyak dicanangkan usaha kerajaan di bawah PM En.Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju yang Berpendapatan Tinggi sebelum 2020.Lepas tu ada Program Transformasi Ekonomi.bla bla.Ok,tu serahkan pada En.Najib.Dan bab harga makanan naik,minyak naik ke,itu ketepikan dulu.Aku hanya nak cerita kenapa aku sokong dan harap sangat Malaysia menjadi Negara Yang Berpendapatan Tinggi.

Point 1:
  Korang ingat tak time subjek Kemahiran Hidup(KH) ada buat projek elektronik/elektrik macam buat lampu raya lip lap la,yang boleh play muzik twinker twinker belll la..Aku start buat benda tu time darjah 5.Aku tahu kot buku KH abang/kakak aku.Dan mestilah selalu kena marah,wahaha.Buku aku tak nak baca,pergi baca buku orang lain.Dan mestilah teringin nak buat kan?

bukuteks
  Jadi aku pilih nak buat litar yang bila gelap lampu menyala,bila cerah lampu padam.dan begitulah sebaliknya.Time tu buku KH tu guna connector je,senang,tak payah pattery.Jadi aku buat la list nih,dengan bersemangat mintak 10 ringgit kat bapak.Bapak aku cool,dia bagi je.Kalau mintak dengan mak,sah kena berendam air mata dulu.haha.Aku pun tak berani mintak lebih-lebih sebab aku tahu bukan berduit sangat pun.Battery 9 volt pun dah dalam RM2.50 weh,nasib baik pak cik tu baik hati bagi murah.Aku beli yang dah siap pack dah untuk projek tu,jadi dah tak payah nak cari satu-satu.Aku rasa packing tu untuk sekolah punya.

  Buku teks tu lama punya,jadi anggaran kos yang dia tulis tu 2,3 tahun lepas punya.Pasang-pasang then dengan gembiranya letak bawah katil tengok menyala ke tak,tengok2 lampu padam. Sad smile.Aku rasa dah buat sebijik-sebijik ikut buku tu dah,buat 2,3 kali tak jadi gak.Penipu punya buku KH.Melayang duit.

orange connectors(Ni la wire connector.Tak guna circuit board,jadi tak payah guna pateri)

  Aku datang kat kedai pakcik tu balik,pakcik tu tanya jadi ke tak.Bila aku kata tak,dia gelak je.Gelak mengutuk


Bila masuk sekolah menengah,baru tahu buku tu betul.wahaha.Bila gelap dia padam,bila cerah dia menyala sepatutnya.Bukan bila gelap dia menyala macam yang aku nak.Aku buat tu dah betul,pemahaman salah.Sebab tu kalau belajar,lebih baik  ada guru.Surprised smileKalau korang belajar Fizik F4/F5 ada diterangkan dalam bab Transistor.

  Time darjah 5 tu pulak kebetulan ada cikgu KH(dan juga PK Hem) aku ni yang ntah pape .Mat Litar Eletrik/ Elektronik.Silibus atas buku lain,dia pergi cerita LED la,buzzer la,dan teori litar yang ntah pape bagi budak darjah 5.Dan ramai la yang tersungkur dalam kelas termasuk aku.Tapi yang bestnya,dia ni berusaha untuk buat budak2 minat kat benda2 ni.Dia la yang buat loceng automatik kat sekolah aku,tak payah dah nak suruh sorang budak tekan loceng setiap kali habis waktu.Kadang-kadang wat “magic” kat perhimpunan.Cth : Bila tepuk tangan mentol menyala,tepuk sekali lagi mentol padam.Pastu budak kata tipu cg main tekan suis je,tak nak percaya.haha

ismail_meri
     (Gambar takde kaitan.Sekolah mana ntah)         

  Jadi kalau ada yang minat benda-benda gini,pergi je jumpa dia,kemudian bincang nak buat apa.Sambil bincang,dia lukis litar skematik.Macam kitaorang paham je.Kemudian dia bagi list,pergi beli barang tu.Then,dia tolong paterikan.

  Sampai la,projek kedua yang boleh dikatakan “grand” .Tak salah aku,bingkai gambar yang ada LED kelilingnya,berkeli-kelip macam lampu raya.Kemudian play music ntah pape.Tapi takde siapa nak kot,buat memekak je,haha.Jadi pergi tanya kedai,ongkos barang-barangnya,RM30.Terus tak jadi.Nak mintak RM30 kat parents memang tak berani.RM30  boleh dikatakan bernilai dan mahal berbanding bingkai gambar tu yang boleh dikatakan membazir.Jadi benda tu,stop sampai situ je,walaupun nak,duduk diam-diam je la, sebab takda duit.

  Jadi kalaulah jadi negara berpendapatan tinggi.Contohnya semua orang gaji at least RM4000.Harga RM30 nih,akan jadi nilai yang kecil.Kuasa membeli korang akan menjadi besar.RM30 tu mungkin celah gigi korang je.

keropok lekor, terengganu
(Lama betul tak makan keropok…)

  Contohnya  la,dulu dengan RM1 korang boleh beli 10 batang keropok.Sebatang pen pula harga time tu RM1.Nak beli pen RM1 pun,2,3 kali fikir sebab mahal.Baik beli keropok dapat 10 batang.Tapi sekarang ,dengan RM1 baru dapat 3 batang keropok.Jadi nilai RM1 dah berkurang.Sekarang,korang rasa dengan RM1 apa yang boleh dapat kan?Nak beli nasi ayam pun mana lepas.Sama dengan nilai 10 sen sekarang berbanding dengan  10 sen zaman ayah kita dulu-dulu.Jadi bila RM1 dah berkurang nilai dia,harga pen yang RM1 tu korang akan anggap murah.Tak akan teragak-agak pun,ambil dan terus bayar.

  Jadi,bila jadi negara berpendapatan tinggi,orang susah (tapi gaji RM4000) pun ada peluang untuk menceburi hobby nih,sebab dah anggap RM30 itu biasa

  Okaylah.mungkin korang fikir bila gaji naik,kos hidup naik,harga barang ni mungkin naik jugak kan?Betul,sebab kos buruh akan meningkat,tapi kita tak perlu bayar gaji kat mesin yang buat barang elektronik.Jadi kos takkan naik mendadak.Lagi-lagi yang hasilkan benda tu,adalah dari negara yang kos buruh yang masih murah.(Mungkin dari Indonesia,Vietnam,dll).

  Jadi point pertama ialah:Agar semua orang,hatta orang susah pun dapat merasa benda (elekrik,elektronik hobbyist) ni.And I want to see that happen in Malaysia.Aku dah merasa dah,jadi tahu apa perasaan diorang.

Panjang sangat jadi mungkin bersambung..

My life:For the people around me (pukul berapa?)

Posted by Aftuz On 5/29/2010 09:52:00 PM 1 comments



Aku bukan nak berceramah mengenai kepentingan masa tapi nak bercerita tentang perangai aku  dalam menguruskan masa. Family aku amat faham dalam bab ni dan kadang2 aku nak tergelak bila kakak aku cuak kalau tanya pukul berapa nak ambil aku kat stesen ERL.hahaLaugh

Announcement:Mr.A dan Aftuz

Posted by Aftuz On 5/13/2010 09:07:00 PM 5 comments

Dulu sebelum aku ada blog aftuz.blogspot ni,aku ada blog lain.Oleh kerana blog tu saja suka2,aku guna nama samaran untuk mengelakkan dari dikenali.(Saya pemalu =_=) Jadi aku guna la nama Mr.A dengan gambar kucing ni.

Lepas tu,time aku buat blog ni,aku guna la nama nickname aku yang sebenarnya Aftuz di atas sebab2 tertentu.   (Read more,k)

My life:Last week 4 May~16 May

Posted by Aftuz On 5/10/2010 05:09:00 PM 3 comments

Hm..dah  seminggu aku tak update blog.Banyak je benda yang nak diceritakan,tapi tak berkesempatan je.

Minggu lepas cuti seminggu, jadi aku pergi Golden Week Gathering kat Yamanashi.anjuran Ikatan Persaudaraan Islam Jepun(IPIJ).Ingatkan cuti ni, nak cover balik subjek yang sebelum ni,update blog..bla bla..tapi last2 habis macam tu je cuti aku kat gathering nih.haha.Tapi aku tak menyesal pun,sebab kawasan tu atas bukit,terpencil,line telefon kadang2 ada,kadang2 takde,jadi memang dapat berehat secukupnya.

Bunyi je perkataan "Islam" dalam (IPIJ) mesti ramai yang cuak tak nak pergi sebab takut kena basuh cukup2,skema atau anggap program ni program keagamaan yang berat2.Tapi takde pun,sama macam gambar pamplet kat atas,program ni program "fun-fun".Dijamin tiada yang akan stress.Crazy or Dizzy Eyed Emoticon


Selain dapat jumpa kawan2 yang susah nak jumpa,dapatla muhasabah diri,dan meningkatkan motivasi diri.Selain tu kalau ada benda yang tak faham mengenai

Related Posts with Thumbnails