Ini kisah hamba dengan alat muzik.Alat muzik ni bagus main sebenarnya.Selain dapat menunjuk-nunjuk kat orang lain ,dan nampak cool(kakkoi),ia bagus juga untuk melatih otak anda agar sentiasa sihat.
Sepatutnya setiap orang boleh main at least satu alat muzik.Tetapi dengan sistem pendidikan kita(aku rasa bukan kementerian, sekolah itu sendiri),kita terlepas benda bagus nih dan menjadikan sekolah kita sangat membosankan dan khas untuk nerd2 sahaja.
Aku start main alat muzik time sekolah rendah.Alah,yang subjek muzik tuh..
Buku teks muzik time tu buruk gila,dah la lagu bosan.
Mula2 belajar main tiup rekorder.Cikgu aku garang.Kau salah tiup.kau tiup la sampai dapat.Silap haribulan kena ketuk.Tapi takde la ketuk kuat2...ketuk2 sayang je.ahaha
Berkat kecut perut dgn cg dan untuk lulus exam,dapatlah kami mengapal note2 cacing tuh.Dengan nama2nya yang ntah pape.
Nama dia bukan fotolia ar..
Then,cg aku sambung belajar.Lepas tuh,dah tak dapat la lagi kami belajar muzik.Subjek muzik ada lagi,tapi tak belajar pun..cg masuk kelas, buat kerja masing2.Lama2 lupa apa yang dah belajar.
Nak masuk band sekolah,tak sesuai.Aku bukan spesies rajin.Teruk gak diorang praktis,aku tengok.Kalau kena tiup trumpet(pinjam sekolah) lagi la aku taknak.
Dan yang paling aku bengang time sekolah rendah,time darjah 6,sume subjek selain subjek UPSR dihapuskan termasuklah pendidikan seni,PAI.Jadi belajar je la,like a robot to do this and that. Sampai PJK yang aku suka(tak tahu la klau ad orang tak suka) pun tarak.
Nanti kalau aku dapat peluang,yang ni dulu aku perangi habis-habisan.
Masuk F1.aku masuk nasyid.Kat situla belajar main conga drum??Tapi time bertanding,bukan aku main ar..saja2 je ketuk.Sebab time tu,nampak kakkoi je ketuk conga,sebab tu aku nak ketuk gak.
Dan berlakula zaman aku suka ketuk meja sampai selalu kena tegur.Time cg tengah mengajar,tak perasan tangan aku tengah ketuk meja.Kalau tak mengetuk meja,tidur je la kerja aku,haha.Berkat praktis hari2,dapatla main 2,3 rentak yang aku belajar dari senior..Sekarang tak tahu boleh main lagi ke tak.
Pastu time AAJ,tengok2..jiran sebelah 2 bilik ada keyboard sebijik lak.Nampak seronok lak tengok diorang main.Aku balik rumah,praktis main kat keyboard mainan lak.Terasa cam lawak gila jeh.Note2 muzik aku start hafal balik.
Serius.memang aku main keyboard cam dalam gambar ni.Memang sebijik.Sekarang dah rosak kot.Aku beli time aku kecik2 dulu.Baru time ni,terasa nak main.Sedih kan.
Sebab tuh,first benda aku beli bila sampai kat Jepun ialah keyboard.
Dan benda yang masih terngiang-ngiang kat telinga aku ialah kata2 senior aku,Emboh(bukan nama sebenar) "jangan berabuk, sudah".
Dulu bolehlah main sikit2.Lepas tu,dah lupa balik sebab busy(malas??).Benda ni kena main hari2.Kadang2 teringat yang senior kata tadi,barula aku main sekejap.Nasib baik ada cakap,kalau tak,tak main le aku,haha.
Pastu aku tengok housemate aku,bun(bukan nama sebenar) start belajar main gitar.Baru sebulan,dah pandai main.Siyot betul.Aku belajar main piano dekat 2 tahun pun tak pandai lagi.Teringin lak nak main gitar lak.haha.
Tapi,main piano pun tak pandai lagi,takkan nak beli gitar lak.Lagipun
"Jangan berhabuk tak main sudahla",dok terngiang-ngiang kat telinga aku lagi. Huish,kadang2 aku lap kot piano aku.haha
Dan yang paling latest aku main Iphone Ocarina lak.
Cara mainnya macam ni.
Ini mula2nya,Jakpo (bukan nama sebenar) la yang mula2 sekali main.Lepas tu aku download,mainla tiup2 bodoh.Nampak fun gak,pastu belajar tiup twinkle2 little star lak.Benda ni main senang je,sebab ada 4 butang berbanding piano yang banyak gila key.Lagipun nak praktis kat mana2 pun boleh.Simple.
Tapi ada kelemahan dia lagi,music note library kat web page dia masih berterabur.Lepas tu,system note dia pun kelam kabut,cara baca ada banyak variasi.Jadi susah nak faham note music dia.Dan letih nak meniup sampai tak cukup nafas.
Nanti aku dah mantap,aku upload.Aku tengah cari separuh lagi note lagu yang aku tengah praktis. ;D Moh kita tengok diorang main.Soredewa,chow!
0 Response for the "alat muzik dan aku."
Post a Comment