Kerana mungkin ada sesetengah pihak yang sensitif,sebelum diserang
First I want to declare that ini bukan mengenai politik.Hanya menyokong usaha En.Najib bukan bermakna menyokong parti beliau/pro Najib.Atau mana-mana parti lain sama ada pembangkang atau pro-kerajaan.
Oh,then En.Najib hanya panggilan2 manja sahaja tidak bermaksud untuk tidak menghormati title Dato’ Seri.Samalah kita panggi Pak Lah ngn Dr M kan?
Ok,back to the serious topic
Mesti korang dah tahu kan sekarang ni banyak dicanangkan usaha kerajaan di bawah PM En.Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju yang Berpendapatan Tinggi sebelum 2020.Lepas tu ada Program Transformasi Ekonomi.bla bla.Ok,tu serahkan pada En.Najib.Dan bab harga makanan naik,minyak naik ke,itu ketepikan dulu.Aku hanya nak cerita kenapa aku sokong dan harap sangat Malaysia menjadi Negara Yang Berpendapatan Tinggi.
Point 1:
Korang ingat tak time subjek Kemahiran Hidup(KH) ada buat projek elektronik/elektrik macam buat lampu raya lip lap la,yang boleh play muzik twinker twinker belll la..Aku start buat benda tu time darjah 5.Aku tahu kot buku KH abang/kakak aku.Dan mestilah selalu kena marah,wahaha.Buku aku tak nak baca,pergi baca buku orang lain.Dan mestilah teringin nak buat kan?
Jadi aku pilih nak buat litar yang bila gelap lampu menyala,bila cerah lampu padam.dan begitulah sebaliknya.Time tu buku KH tu guna connector je,senang,tak payah pattery.Jadi aku buat la list nih,dengan bersemangat mintak 10 ringgit kat bapak.Bapak aku cool,dia bagi je.Kalau mintak dengan mak,sah kena berendam air mata dulu.haha.Aku pun tak berani mintak lebih-lebih sebab aku tahu bukan berduit sangat pun.Battery 9 volt pun dah dalam RM2.50 weh,nasib baik pak cik tu baik hati bagi murah.Aku beli yang dah siap pack dah untuk projek tu,jadi dah tak payah nak cari satu-satu.Aku rasa packing tu untuk sekolah punya.
Buku teks tu lama punya,jadi anggaran kos yang dia tulis tu 2,3 tahun lepas punya.Pasang-pasang then dengan gembiranya letak bawah katil tengok menyala ke tak,tengok2 lampu padam. .Aku rasa dah buat sebijik-sebijik ikut buku tu dah,buat 2,3 kali tak jadi gak.Penipu punya buku KH.Melayang duit.
Aku datang kat kedai pakcik tu balik,pakcik tu tanya jadi ke tak.Bila aku kata tak,dia gelak je.Gelak mengutuk
Bila masuk sekolah menengah,baru tahu buku tu betul.wahaha.Bila gelap dia padam,bila cerah dia menyala sepatutnya.Bukan bila gelap dia menyala macam yang aku nak.Aku buat tu dah betul,pemahaman salah.Sebab tu kalau belajar,lebih baik ada guru.Kalau korang belajar Fizik F4/F5 ada diterangkan dalam bab Transistor.
Time darjah 5 tu pulak kebetulan ada cikgu KH(dan juga PK Hem) aku ni yang ntah pape .Mat Litar Eletrik/ Elektronik.Silibus atas buku lain,dia pergi cerita LED la,buzzer la,dan teori litar yang ntah pape bagi budak darjah 5.Dan ramai la yang tersungkur dalam kelas termasuk aku.Tapi yang bestnya,dia ni berusaha untuk buat budak2 minat kat benda2 ni.Dia la yang buat loceng automatik kat sekolah aku,tak payah dah nak suruh sorang budak tekan loceng setiap kali habis waktu.Kadang-kadang wat “magic” kat perhimpunan.Cth : Bila tepuk tangan mentol menyala,tepuk sekali lagi mentol padam.Pastu budak kata tipu cg main tekan suis je,tak nak percaya.haha
Jadi kalau ada yang minat benda-benda gini,pergi je jumpa dia,kemudian bincang nak buat apa.Sambil bincang,dia lukis litar skematik.Macam kitaorang paham je.Kemudian dia bagi list,pergi beli barang tu.Then,dia tolong paterikan.
Sampai la,projek kedua yang boleh dikatakan “grand” .Tak salah aku,bingkai gambar yang ada LED kelilingnya,berkeli-kelip macam lampu raya.Kemudian play music ntah pape.Tapi takde siapa nak kot,buat memekak je,haha.Jadi pergi tanya kedai,ongkos barang-barangnya,RM30.Terus tak jadi.Nak mintak RM30 kat parents memang tak berani.RM30 boleh dikatakan bernilai dan mahal berbanding bingkai gambar tu yang boleh dikatakan membazir.Jadi benda tu,stop sampai situ je,walaupun nak,duduk diam-diam je la, sebab takda duit.
Jadi kalaulah jadi negara berpendapatan tinggi.Contohnya semua orang gaji at least RM4000.Harga RM30 nih,akan jadi nilai yang kecil.Kuasa membeli korang akan menjadi besar.RM30 tu mungkin celah gigi korang je.
Jadi,bila jadi negara berpendapatan tinggi,orang susah (tapi gaji RM4000) pun ada peluang untuk menceburi hobby nih,sebab dah anggap RM30 itu biasa
Okaylah.mungkin korang fikir bila gaji naik,kos hidup naik,harga barang ni mungkin naik jugak kan?Betul,sebab kos buruh akan meningkat,tapi kita tak perlu bayar gaji kat mesin yang buat barang elektronik.Jadi kos takkan naik mendadak.Lagi-lagi yang hasilkan benda tu,adalah dari negara yang kos buruh yang masih murah.(Mungkin dari Indonesia,Vietnam,dll).
Jadi point pertama ialah:Agar semua orang,hatta orang susah pun dapat merasa benda (elekrik,elektronik hobbyist) ni.And I want to see that happen in Malaysia.Aku dah merasa dah,jadi tahu apa perasaan diorang.
Panjang sangat jadi mungkin bersambung..
0 Response for the "Sokong En.Najib ke arah negara berpendapatan tinggi"
Post a Comment