Hikari 1.5:Mastodon :P

Posted by Aftuz On 12/25/2010 02:01:00 AM 0 comments

IMG_0239  Tuan2 dan puan2,perkenalkan Mastodon.     

    Code name:Hikari 1.5
      Spec:
          5x KRS-2552HV ICS Red Ver. servo
          RCB-4HV controller board
          KRI-3,KRR-1 Transmitter
          10.V Evolta AAA batteries
          Stainless 2mm aluminium bodies
  
 Quit the crap,bukan korang paham pun.haha



IMG_0232      
Dan harap tak payah google la apekebenda Mastodon tuh,wat korang  gelak terguling guling je nanti.Aku suka Mastodon,sebab tu aku taruk nama tu.5 ekor dah cukup buat huru hara.wuahaha.
      Akhirnya,siap gak Mas ni (Walaupun dah 2 minggu lepas.haha).Dan,aku pun berpuas hati walaupun ada banyak kena baiki lagi.Dan yang paling penting, pengalaman berharga yang aku dapat.






IMG_0231      
     
      Suis letak kat belakang,jadi ekor dia.And yes,Mas is a boy.How sweet Smile










Dan ada yang tanya aku boleh gerak tak benda nih.Ni ha,buktinya Winking smile



    
      Motion yang aku buat ni buat ala kadar je.Tak perfect lagi.Lagipun susah nak buat dia berjalan sebab guna satu servo je untuk setiap kaki.Kiranya macam takde sendi la.Cuba korang ikat lutut dan buku lali korang jangan bagi gerak,mesti susah nak jalan kan.Jadi kena tambah at least 4 lagi servo sebenarnya,but sorry,I can’t afford it anymore.Den bukan tokey cop duit.Oh,dan den juga bukan anak orang kaya.haha.Yang ni pun nak tahu berapa kosnya?RM3k~4k 



IMG_0233


Disebabkan faktor masa dan kewangan,Mas setakat ni je la kot.Aku ada benda yang lagi penting nak buat.Study lagi.
     Mastodon☆

Hikari 1.5:Final design&Cutting

Posted by Aftuz On 12/12/2010 03:32:00 AM 0 comments

Okay.kerja2 lukis melukis dah siap.Dah maleh dah den nak pikir lagi.Ini kira final design la.


 Pandangan depan

   Pandangan belakang

  Pandangan atas





Lepas siap design macam mana bentuk dia.Kita tukar kepada 2D lak.Orang panggil lukisan pelan la kot.Kat sini kita taruk measurement dengan lebih detail.












 Lepas tu pulak,print je lukisan pelan tu,tampal je atas aluminium sheet.Senang.Dulu,aku lukis atas aluminum sheet nih.Tapi banyak masalah.
1.Kadang2 garis bengkang bengkok.
2.Ukuran tak sama.Rasanya dah lukis 23 mm panjang tapi,ukur sekali lagi 24mm lak.
3.Bila nak lukis lubang paling leceh dan meletihkan.
4.Lukis atas aluminum mana leh padam.Bila nak potong boleh keliru mana satu garisan yang betul

Walau 2-3 mm beza pun,nanti parts tak boleh masuk terutamanya bila nak masukkan skru.Ini boleh menyebabkan kita bermasam muka /serba salah kalau buat untuk orang lain.Dan meningkatkan ketensionan.Belum potong lagi.

Jadi lebih baik mintak tolong pakcik printer tolong lukiskan lepas tu tampal.habis cerita.Masa pun jimat ;D Senior aku yang tengok ni,thumbs up kat aku.yeah!!







Ini main body yang dah siap dipotong.Kalau nak potong cantik2 memang ambil masa.Ni pun dekat 3 jam aku buat.Paling susah nak buat lubang petak tu.










Gambar penutup atas.Nak buat ni pun susah.Aku nak bentukkan aluminium jadi bentuk U tak berapa jadi.Jadi skru tak leh masuk.haha.Dapat masukkan 2,3 je.Lepas tu,senior kata,skru tu besaq dan banyak sangat.haha.Saiz 3mm dah cukup dah.Lepas tu taruk 2 skru dah cukup kuat.











Bukan senang nak pilih skru/bolt.Ada jadual dia.Kalau nak diikutkan, kalau nak tahu skru yang sesuai ada kiraan(formula) dia.Banyak faktor kena ambil kira.Macam torque servo dll.

Aku buat senyap2 benda ni.Tapi bangkai gajah mana boleh ditutup.Terkantoi gak dengan ahli kelab lain.Segan gak ar.Tapi diorang bagus.Ada yang bagi semangat.Senior aku (aku mcm apprentice dia kot.Skill potong memotong aku belajar dari dia) banyak bagi nasihat dan idea untuk Hikari.Lepas tu serba salah nak ikut ke tak.haha.Hikari masih banyak kelemahan dari segi design jadi dah macam kena buat yang baru.Aku kata kat dia,aku buat yang ni dulu,nanti aku upgrade.Alang2 dah design letih2,takkan nak rombak balik kan?


Nak tahu rupa dia bila dah siap macam mana??Next post..hihi..

Hikar1.5:Mari melukis!!

Posted by Aftuz On 12/05/2010 12:55:00 AM 1 comments

Setakat ni,aku sempat melukis je.Sambil2 mengasah skill Solidwork dengan pc 'separuh' baru.haha.


Guna 5 servo.4 kaki.1 kepala.Ini tak siap lagi.Ada sikit lagi kena baiki.Siap semua ni,print,lepas tu baru potong.

Sebagai seorang (mechanic??) kelab.Sini panggil ha-do.ハード。Singkatan kepada hardware agaknya.Senang citer tukang motong la.,haha.Sepatutnya kena belajar melukis guna CAD dari dulu lagi tapi aku tak berminat sebab leceh haha.Tapi sekarang terpaksa belajar gak sebab dah termasuk dalam silibus subjek.





Pandangan dari depan.
Mula2 merangkak-rangkak gak nak belajar benda ni,tapi lama2 dah okay sket.Kalau lukis guna komputer senang nampak bentuknya.Jadi kalau ada masalah dengan lukisan,senang nak betulkan.Paling aku suka bab2 nak 'mate' kan part dia.Memang best dowh tengok parts bergabung.










Mungkin 2 minggu lagi baru boleh potong agaknya.Banyak benda nak kena buat.Pastu nak programming lagi..Itu pun belum boleh jamin jadi ke tak.Ok,thanks for reading. ;D


Related Posts with Thumbnails