MCR:PANTAS

Posted by Aftuz On 6/12/2010 05:55:00 PM 0 comments

         Aku busy sekarang jadi aku tulis cukup syarat je untuk report kat korang yang nak tahu dan untuk rujukan aku sendiri di masa akan datang.Jadi akan jadi padat dan tidak menarik.Sorry for that.

 Aku dah join taikai (pertandingan) MCR ni secara rasmi.Taikai ni start  22 & 23 Ogos 2010 (2 hari) kat Akihabara.Jadi,sape nak datang tengok,jom.Terutamanya Miss TTT ye.smile rvmp.


 Jadi secara rasminya nama kereta aku Pantas.Kalau korang
fikir nama ni tak cool,aku takde pilihan sebab time daftar,kena cepat2 (daftar kat internet.Siapa cepat dia dapat) Itu je yang keluar dari kepala otak aku.

Yup,kereta aku dah boleh gerak dah.Ini video nak check,semua ok ke tak.



 Tapi yang pasti,ni bukan rekabentuk Pantas yang sebenar.Ini kit asal dia.Nanti aku upgrade jadi lebih mengancam.Planning nak taruk bendera Malaysia kat kereta.Jangan risau,kalau macam nak kalah teruk je,aku cabut bendera tu.haha.Pastu aku cakap la "saya orang Singapore".


  Sejak akhir2 ni,aku freak out pikir camna nak upgrade kereta aku.Hari-hari aku kayuh basikal jauh gila sebab nak cari barang,dapatkan maklumat.Tempoh makin singkat,jadi aku rasa macam tak mampu je nak buat semua ni dalam masa 2 bulan.Exam lagi.Dah la aku baru lagi dalam bidang ni.Jadi,tengok je la,kereta aku memang jadi PANTAS ke ataupun jadi PANTA.    
                                                                     

  Dan yang buat aku tak terkata apa dah,27,28 & 29 Ogos 2010 (3 hari) aku join Kawasaki Robot Festival kat Kawasaki,Yokohama.Senang cerita,reka robot yang berkaki lepas tu lawan macam korang lagakan kabuto (kumbang,beetle).Aku jadi mechanic je.Mula-mulanya,aku join team ni sebab tak cukup orang, Yang lain lak dah ada Taikai lain pada hari yang sama.Jadi aku ingatkan nak berhenti la yang MCR join yang ni,tapi senior yang tantou MCR lak cakap "(Futari de,sabishii..na.Kalau 2 orang je join MCR,tak best la").Jadi sebab tak nak menghampakan 2 2 orang , aku join 2 2.haha.Bulan 8 ni,lembik aku nanti.



Dan 30 Ogos,aku nak balik raya weh...huhu..Tiket tak beli lagi.

Categories:

0 Response for the "MCR:PANTAS"

Related Posts with Thumbnails